Nuffnang

Wednesday, December 29, 2010

SUAMI ISTERI DI HUKUM GANTUNG EDAR DADAH

Banyak lagi sumber pencarian yang halal dan tak meyalahi undang-undang. Kenapalah pasangan ini cari jalan cara mudah dan nak kaya cepat. Kesiankan anak-anak dan ibubapa mereka. Tak boleh pikir ke? Hope kita ambil pengajaran dari cerita di bawah.

Sepasang suami isteri hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki sejumlah 165.62 gram dadah jenis heroin dan morfin dua tahun lalu.

Hakim Nurmala Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Shahrizal Said, 33, dan Zarimah Yusoff, 30, selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didapati memiliki dadah berkenaan dalam sebuah rumah pangsapuri beralamat di Block 5-6-18 Desa Riang Batu Uban pada jam 3.45 petang 3 Februari 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika bersabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, kedua-dua tertuduh didapati bersalah mengedar dadah dan disebabkan undang-undang negara hanya ada satu hukuman iaitu hukuman mandatori, maka kedua-dua tertuduh digantung sampai mati.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment