Nuffnang

Thursday, December 9, 2010

TANGAN LELAKI PECAH RUMAH BERJAYA DI SAMBUNG SEMULA

Lelaki yang putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak pemilik rumah ketika mengumpil tingkap rumah berkenaan di Kampung Pengkalan Gaduh, dekat Keluang, Selasa lalu selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Sumber HUSM berkata, suspek berusia 29 tahun itu dimasukkan ke HUSM jam 9 pagi kelmarin, dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebaik menjalani pembedahan di pergelangan tangan kirinya.
Katanya, pihaknya dimaklumkan kakitangan bilik bedah terbabit suspek kini stabil dan dikawal anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

“Suspek kini stabil dan masih menerima rawatan walaupun ditempatkan di bilik ICU sebaik menjalani pembedahan menyambung semula pergelangan tangannya yang putus kerana ditetak dengan parang oleh pemilik rumah yang cuba dipecah masuk malam kelmarin,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, seorang lelaki putus tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh pemilik rumah yang cuba dipecah masuk ketika suspek mengumpil tingkap rumah itu di Kampung Pengkalan Gaduh, Keluang dekat Jertih kira-kira jam 3.30 pagi, kelmarin.

Pemilik rumah yang juga pengusaha ternakan ikan dalam sangkar tidur bersama enam ahli keluarganya dalam bilik rumah itu sebelum terjaga apabila mendengar bunyi tingkap rumahnya diumpil.

Selepas mengesyaki sesuatu, pemilik rumah itu membawa parang dan keluar melalui pintu utama sebelum ternampak seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah lalu melibas parang dan terkena pergelangan tangan kiri penjenayah itu

Nota Kaki : Kalau kita jangan bagi sambung tangan tu, biar kudung bagi pengajaran sampai bila-bila.

Sumber : Bharian.

No comments:

Post a Comment