Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

WANITA MAUT REMPUH TRELER BERHENTI

Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah treler yang berhenti di tepi jalan di KM14 Jalan Kangar-Alor Setar, di sini hari ini.

Che Nab Hassan, 51, dari kampung Permatang Pianggu, Sanglang cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata nahas berlaku pada jam 7 pagi ketika Che Nab dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah restoran di Kangar.

"Polis telah mengambil keterangan daripada pemandu lori yang berusia 51 tahun itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sumber : Bernama

4 comments:

  1. Sedih bila kejadian sebegini berlaku. Salah treler yang berhenti atau salah pemandu yang cuai?

    ReplyDelete
  2. azieazah : Bagi kita 2-2 ada silapnya tp dh ajalnya tersurat camtu. Sedihkan!

    ReplyDelete
  3. Orang kampung anis..seorang yang sangat ringan tulang dan baik..kalau rumah tok ada buat kenduri, sampai ke petang arwah akan stay untuk tolong apa yang patut.
    sekarang anis kat kampung mama, permatang bongor.. masa tu kalau tak silap pukul 6 pagi tadi.gelap lagi masa tu. pemandu trailer terpaksa parking kat tepi jalan sebab trailer dia rosak kalau x silap.
    dah memang sampai ajal arwah dah masa tu. al fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  4. AnisSensuous : Oooooo...org kampung Anis ya...org yg baik2 mmg Allah sayang..

    ReplyDelete