Nuffnang

Friday, January 21, 2011

AURA NASIHAT


Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda? Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.

Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walaupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada ahli keluarga tersayang anda itu.


2 comments:

  1. Tapi ada juga orang yang keras hati tak bleh ditegur. Bodoh sombongkah itu...?

    ReplyDelete
  2. azieazah Buat teguran secara beremah...insyallah berdoa pd Allah....Ct tahu Alah kita di jalan yang benar...

    ReplyDelete