Nuffnang

Wednesday, January 12, 2011

BADAN PUTUS DILANGGAR KOMUTER

Seorang wanita warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terputus dua selepas dilanggar komuter berhampiran Taman Medan, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa yang dikenal pasti sebagai Suriani, 39, mati di tempat kejadian selepas dilanggar komuter dari ibu kota ke Klang.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam yang mendakwa ada orang dilanggar komuter sebelum anggota polis bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa sudah meninggal dunia dengan keadaan menyayat hati di atas landasan dipercayai dilanggar komuter,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, polis masih menyiasat punca wanita itu melintas di landasan itu kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu tidak berani berbuat demikian.

Sumber : Hmetro

4 comments:

  1. semoga ajal menjemput kita dalam keadaan yang elok...

    ReplyDelete
  2. mak aih. berani die lintas komuter tu?

    ReplyDelete
  3. gadisBunga : Btl tu...haraap pun cmtu gak...

    ReplyDelete
  4. Myaby : kadangkala kita x boleh jd org yg berani sangat...makan diri sdiri...

    ReplyDelete