Nuffnang

Sunday, January 2, 2011

CIK CAP


Inilah ruang nak masuk pintu utama rumah kita. Nampak tenangkan dengan pokok-pokok hijau tapi siapa sangka cempedak macam nangka, biar betik...hahaha
Kalau di pandang secara mata kasarnya, rumah kita ni macam tiada apa yang berlaku tapi dah jadi macam tempat ternak binatang. Nasib harimau tak berminat lagi, kalau tak aaumm gamaknya...hahaha.

Banyak kali dah si burung kelicap cuba buat sarang dekat pokok-pokok bunga kita . Kita apa lagi pergi patahkan ranting dan dahan pokok tersebut. Tengok atas tu, kita patahkan dahan pokok markisa. Malaslah nak melayan, segala sampah dan daun kering di angkutnya ke rumah kita. Bersepah nko...


Bila anak-anak kita tahu, kita yang buat onar kerja mematah serta membuang sarang burung semua marah 'Tak baiklah ibu, kesian bla...bla...bla'. Lama-lama kita rasa kesian pulak kat Cik Cap.Kita biarkan je...

Tengok dah jadi sarangnya dalam beberapa hari sahaja. Tinggal menunggu masa nak bertelur agaknya. Apa yang menjadi peliknya, rumah orang lain tak pulak dia buat sarang. Dia berminat agaknya kat umah kita, mungkin tak ada gangguan...

Kita panggil burung ni Cik Cap...hehehe

No comments:

Post a Comment