Nuffnang

Saturday, January 8, 2011

EDARAN MINYAK TAMBAHAN BERMULA 3 FEBRUARI

Tambahan bekalan minyak masak sebanyak 14,000 metrik tan akan dihantar oleh pengilang kepada pembekal mulai 3 Feb di seluruh negara bagi menampung kekurangan minyak pada masa kini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi masa selama dua minggu kepada pengilang untuk menghantar stok baru kepada semua peruncit di negara ini.

"Saya tahu dalam suratkhabar kata masih tidak ada lagi (minyak), memanglah sebab jumlah itu bukan jumlah yang sikit untuk kilang membuat pembungkusan semula, hantar dan sebagainya. Sebab itu saya minta pengguna bersabar dan jangan risau, (minyak) akan sampai ke seluruh negara," katanya.

Beliau berkata pemberita selepas menghadiri majlis meraikan persaraaan bekas Pengerusi Eksekutif pertama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Mangsor Saad yang tamat tempoh berkhidmat selama tiga tahun sejak 1 Jan 2008 hingga 31 Dis lepas.

Tempat beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Mohd Yusoff Samsudin. Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zin Mohd Dom.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment