Nuffnang

Saturday, January 29, 2011

GIGITAN MANJA






Antara aktiviti ketika masa terluang sepanjang kita menghadiri Bengkel di Perpustakaan Negara Malaysia.

Hari pertama kita memang tak kemana-mana, lepak dalam hotel online di samping memantau sms dan panggilan yang masuk. Masalahnya kita dah banyak tahu latarbelakang, tempat kerja, rumah tuan punya badan yang menghantar sms tersebut. Kita bagi laluan dia buat segalanya. Negara ada akta kanun jenayah komunikasi so tak perlu bimbang dengan fitnah dan ugutan yang di lontar.

Incik asben sampai pada hari kedua selepas kita tamat menghadiri sesi bengkel. Selepas mengambilnya kami berdua terus makan malam bersama walaupun ketika itu hujan renyai-renyai. Selesai terus kami balik hotel, menonton tv dan online.

Esoknya incik asben hantar kita ke Perpustakaan Negara Malaysia dan dan kemudiannya dia pun meronda bandar KL. Petangnya kami ke Pasar Seni, secara kebetulan Aja dan Mimi menunggu di sana. Adalah shopping serba sedikit dan beli coklat untuk buah tangan Aja dan Mimi.

Terima kasih ya Mimi jumpa hari tu, untuk Aja dan Mimi jangan notti-notti ya, jaga diri dan jaga peribadi. Dengar nasihat ibu, tak salah berkawan tapi dalam hidup jangan sampai melanggar ajaran Islam yang hakiki, insyallah kita selamat dunia akhirat.

Masa di Pasar Seni sempat kita masuk SPA ikan. Pada awalnya memang cukup beriya-iya tapi bila kaki dah cicah air, ya ampun gelinya ikan-ikan tu serang kaki kita. Dia gigit-gigit manja ko, berkocak-kocak air bila kita terasa geli...hahaha. Ada sekor ikan tu, pingsan kena tendang dengan kaki kita...ya ampun ikan kita tak sengaja, masalahnya geliiiii yang amat sangat...hehehe

2 comments:

  1. Salam CT.
    Sesekali kita merasakan urutan dan khidmat makhluk yang biasa menjadi santapan...

    Semoga lebih sihat selepas nie.

    TQ

    ReplyDelete
  2. Admin : hahahha...sesekali manja pulak dengan mahluk lain...:)

    ReplyDelete