Teringat kita motivasi yang dihadiri satu masa dahulu. Ya Allah indahnya kalau kita hayati sampai ke sanubari. Subhanallah.
Orang yang kuat bukanlah yang hebat bergusti, hebat nafsunya, hebat berdebat dan pelbagai lagi. Insan yang kuat ialah muslim yang boleh mengawal kemarahan dan kesedihannya.
Itulah pesanan Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Menjadi kuat bukan hanya pada fizikal, tetapi kekuatan yang sebenar lahir daripada dahsyatnya kita mengawal kemarahan atau tekanan perasaan. Manusia yang hebat ialah orang yang boleh mengawal tekanan dalam segala kehidupan mereka.
Tekanan sentiasa membayangi kehidupan manusia. Mustahil manusia boleh hidup tanpa sebarang tekanan. Bezanya ialah bagaimana kita menguruskan tekanan itu. Cara yang kita pilih itulah yang menentukan kita kuat atau lemah. Pilihan itu juga menentukan kita berjaya atau gagal. Jalan Allah itu yang hakiki.
Tekanan yang terurus, hasilnya positif. Tekanan yang tak menentu hala, hasilnya negatif. Malah boleh memakan diri sendiri.
Renung-renungkan dan selamat beramal !
benar, tetapi respon dan hasil yang kita dapat lain2. contohnya, masalah mereka kita rasakan suatu yang kecil (tapi itu bagi kita), dan begitulah sebaliknya andai orang memerhatikan diri kita pula. itu sahaja... err, Wassalam :)
ReplyDeleteAmpuan Awang : Kita pk dari sudut ptive...org mmerhati sbb niat nak membantu kot...:)
ReplyDelete