Nuffnang

Thursday, January 20, 2011

JANGAN TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU


Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, namun yang bukan hak kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun telah menghampiri kita. Tetapi dia perlu bersyukur kepada Allah dan menjadikam musibah itu peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Kata-kata motivasi dari kawan kita yang merupakan kaunselor, thank you Salwa Siran.

No comments:

Post a Comment