Nuffnang

Friday, January 14, 2011

LAHIR PELAKON BERILMU

Baca title atas da cukup bermakna bagi masyarakat Malaysia yang pandai menilai baik dan buruknya artis masakini. Ermm...artis kena jadi ikon bukan jual nasi lemak 2 singgit ya. Malu! Kalau tak malu pada diri sendiri, malu pada Allah. Artis hari ini sepatutnya ada ilmu akademik yang baik, walaupun ada bakat besar.

Cuba baca artikel hari ini dekat bawah, Jom baca.

Saban tahun boleh dikatakan ramai bakat baru mencuba nasib dalam bidang lakon. Bilangan ini dapat dilihat menerusi uji bakat mahupun graduan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut bertambah.

Menghangat suasana, penerbitan program realiti TV seperti Pilih Kasih dan Anak Wayang memberi ruang lebih luas dalam mencari pelakon berkualiti diketengahkan dalam penerbitan filem, drama serta teater.

Jika Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) baru-baru ini menyatakan hasrat mengadakan kelas lakon dikenali Kem FDAM sebagai agenda 2011, Persatuan Seniman Malaysia juga mengorak langkah sama.

Menerusi program dikenali Rumah Aktor Seniman, fokus lebih tertumpu pada usaha melatih bakat baru menjadi pelakon berilmu.

Presiden Seniman, Harun Salim Bachik yang juga penasihat program ini menyatakan, proses pembelajaran mengambil masa 13 minggu bermula 22 Januari ini mengambil lokasi di Taman Budaya dan Aswara.

Sumber : Hmetro.

2 comments:

  1. banyak juga artis yg berilmu skrg ni mcm rafidah abdullah, farid kamil, bebudak KRU. tapi jumlahnya kana ditingkatkan lagi baru la artis kita berkualiti..

    ReplyDelete