Nuffnang

Friday, January 14, 2011

NASI GORENG TOMYAM


Macam tak best je kita nak buat entri masak-memasak, macam kekok gitu...hehehe. Yelah orang tak berapa pandai sangat nak memasak kalau di bandingkan dengan Mat Gebu macam langit dengan bumi. Kalau bumi kira paling bawah permukaan bumi...hahaha

Okies chef CT nak mengajar memasak petang ini ya....hehehe. Iskkk! Takdelah kita masak yang biasa-biasa tapi sesekali masak macam luar biasa gitu, maksud kita peliknya CT tu pandai ke memasak...hahaha. Oklah tinggalkan celoteh merapu kita ya.

NASI GORENG TOMYAM

Bahan-bahannya :

Nasi putih ( 4 orang makan)
Serai - 4 btg (Hiris halus-halus)
Daun limau purut - 6 helai (Hiris halus-halus sepert bunga rampai)
Karot
Kobis bunga
Udang
Kiub Tomyam - 1 kotak ( 2 kiub)
Bawang besar - 1 biji
Lada merah - 2 biji
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak

Cara-caranya :

Lada merah dan bawang kisar halus kemudian tumis, masukkan kiub tomyam tumis sekejap. Masukkan udang dan karot biar seketika masukkan serai dan daun limau purut. Kacau-kacau kemudian masukkan bunga kobis dan nasi. Bubuh garam dan serbuk perasa dan kemudian kacau sehingga masak.

Bila nasi sudah masak hidangkan dan hias dengan daun sup dan bawang goreng. Bagi yang tidak suka makan udang boleh gantikan ayam atau daging, begitu juga sekiranya minat dengan rasa pedas gantikan dengan ciliapi.

Mudahkan, selamat mencuba.

3 comments:

  1. Hihihi .. baru semlm makan kak. Tp beli. Akak lgi hebat, buat sendiri. kat belog kita ada nasik goreng express kak. hihi ..

    Eh, akak tak nak join 1st misz-ella contest ke? Chewah .. saja je promote kat sini. hihi ..

    ReplyDelete
  2. kakchik@ella : Tgh rajin jgn tak tau..kalau dh malas...gantung pkakas dapur segalanya...:)

    Akak masuk contest tu xde pun...ngeee

    ReplyDelete