Nuffnang

Wednesday, January 12, 2011

PERAK BELANJA RM 1 JUTA BAGI E-LEARNING

Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi program e-learning di sekolah-sekolah rendah luar bandar sebagai persediaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata program berkenaan dipertingkatkan kerana ia telah dikenal pasti dapat membantu murid-murid bagi menghadapi ujian berkenaan.

"Sebanyak 10 buah sekolah yang dibekalkan program itu pada tahun lepas telah menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun sebelumnya.

"Oleh itu kita akan membelanjakan sebanyak RM1 juta kepada sekurang-kurangnya 150 buah sekolah di luar bandar bagi tujuan yang sama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat program e-learning di pejabatnya di sini pada Rabu.

Hamdi berkata program yang akan dilancarkan bulan depan adalah antara agenda utama dalam mencapai sasaran meletakkan Perak di antara lima terbaik dalam pencapaian UPSR negara.

Beliau berkata program yang dimulakan di 10 buah sekolah di Tapah tahun lalu itu telah berjaya meningkatkan keputusan pelajar di sekolah luar bandar yang sebelum ini mendapat keputusan yang kurang baik.

"Kita mensasarkan sekolah luar bandar yang kekurangan bahan-bahan dan keadaan alam sekitar yang sedikit ketinggalan berbanding sekolah di dalam bandar," katanya.

Katanya, sekolah yang terpilih bagaimanapun perlu mempunyai kemudahan internet ataupun jalur lebar dan kerajaan negeri telah mengarah sebuah lagi agensinya iaitu K-Perak untuk membekalkan kemudahan itu di sekolah yang belum mempu.

Sumber : Bernama

2 comments:

  1. salam perkenalan,

    bagusla kan ada yayasan sebegitu demi untuk terus mempertingkatkan tahap pendidikan. semoga menjadi contoh kepada negeri2 lain dalam memartabatkan mutu pendidikan kepada generasi baru

    ReplyDelete
  2. eelobor : Betul, harap Johor camtu jugakkan...jangan kata Johor sudah membangun tapi di kawasan pendalaman masih ada yg tercicir...

    ReplyDelete