Cintanya kepada orkid lahir sejak masih kanak-kanak dan selepas menginjak usia 56 tahun, minat Jamaliah Hussin terhadap keindahan flora itu tidak pernah luntur malah sanggup meredah hutan demi mendapatkan bunga berkenaan. Atas minat jugalah, wanita berkenaan mempunyai kenangan melucukan, iaitu pernah dikejar jiran ketika berusia 12 tahun kerana mencuri orkid.
Kini, rasa puas memenuhi hati selepas berjaya mewujudkan taman mini di laman rumah dan tentulah kesetiaan kepada orkid tidak pernah berubah. Buktinya, bunga itulah yang banyak menyerikan laman rumah teres setingkat miliknya. “Orkid ini saya dapatkan dari nurseri di Sungai Buloh, Selangor. Ada juga diberi rakan yang tahu minat saya. Malah kerana terlalu minat dengan orkid, saya sanggup masuk hutan di Kulim, Kedah untuk mendapatkan orkid hutan.
“Saya memang berhajat hendakkan rumah yang ada laman untuk memudahkan saya mencipta taman mini dan menanam pokok bunga,” katanya. Menariknya, taman mini yang sarat dengan pelbagai jenis bunga serta kolam kecil itu mendapat sentuhan peribadi Jamaliah. Kolam kecil yang diisi dengan pelbagai jenis ikan hiasan pula adalah hasil tangan suaminya, Ismail Shariff, 62, pesara polis.
Keladi hiasan turut ditanam di dalam kolam kecil itu dan diletakkan ukiran angsa sebagai penyeri. “Kolam ini dibuat sendiri. Mulanya suami korek dalam tapi saya minta dia buat kolam cetek kerana kami ada cucu. Bimbang juga jika cucu terjatuh ke dalam kolam,” katanya.
Jamaliah berkata, dia banyak merujuk majalah mengenai laman untuk menjaga taman mininya kerana kurang mahir dalam soal itu, selain turut mendapat bantuan menantu yang juga berkongsi minat untuk menguruskan penyeri laman keluarga mereka.
Selain orkid, paku pakis turut ditanam sebagai peneduh, manakala bunga kertas pula untuk menambah seri laman. Jamaliah turut memanfaatkan laman rumah dengan menanam tumbuhan seperti halia, kunyit, cili api, limau purut, limau kasturi dan daun kari.
“Sengaja saya tanam tumbuhan seperti kunyit dan halia... senang jika hendak memasak. Sementara ada ruang kosong, takkanlah semua nak ditanam dengan bunga,” katanya.
Dia juga memanfaatkan sedikit ruang kosong di luar rumah dengan menanam pokok buah-buahan seperti jambu air, mangga dan pisang yang sudah pun mengeluarkan hasil.
Sementara itu, Ismail tidak ketinggalan membantu isterinya menjaga pokok bunga di laman kediaman mereka dengan antara tugas utamanya ialah menyiram serta membaja.
Sumber : Bharian

No comments:
Post a Comment