Nuffnang

Wednesday, January 12, 2011

TIGA BERADIK BELASAH PENYELIA

Tiga beradik melaksanakan undang-undang sendiri apabila mengajak lima rakan mereka membelasah seorang penyelia kilang papan sehingga mati berikutan berang dengan tindakan lelaki itu yang dikatakan menghantar SMS berunsur lucah kepada ibu mereka.

Mangsa yang berusia 47 tahun dibelasah berhampiran rumahnya di Taman Pelangi, Labis dekat sini tengah malam kelmarin, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat jam 9.20 pagi semalam, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata sebelum kejadian, tiga beradik terbabit yang berusia 21 hingga 29 tahun mendakwa ibu mereka berusia 49 tahun dan mempunyai sembilan anak menerima kiriman SMS berunsur lucah daripada mangsa.

Menurutnya, berang dengan sikap miang lelaki berkenaan yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak, tiga beradik terbabit mengajak lima rakan mereka pergi ke rumah mangsa di Taman Pelangi, Labis dekat sini, kira kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin.

“Sebaik tiba di rumah mangsa, tiga beradik itu dan lima rakan mereka memanggil penyelia kilang itu keluar rumah membawa mangsa ke sebuah taman berhampiran menggunakan dua kereta jenis Perodua Viva dan Kancil.

“Mangsa kemudian dibelasah sehingga tidak sedarkan diri. Berikutan itu, kumpulan lelaki terbabit panik dan membawa mangsa pulang ke rumah keluarga tiga beradik berkenaan di Jalan Muar-Labis,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan berumur antara 21 hingga 29 tahun dan ada yang bekerja sendiri, pengawal keselamatan serta kakitangan awam. Mereka kini disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Difahamkan, mangsa berkenalan dengan ibu suspek ketika sama-sama bekerja di sebuah kilang papan di Labis kira-kira enam tahun lalu.

Berikutan keakraban mangsa dan ibu suspek, menimbulkan tanggapan hubungan yang meragukan di kalangan keluarga suspek.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment