Nuffnang

Saturday, January 8, 2011

UCAPAN TAHUN BARU DI JEPUN PECAH REKOD TWITTER

Ucapan Tahun Baru 2011 di kalangan rakyat Jepun memecahkan rekod trafik global Twitter iaitu 6,939 'tweets' atau mesej sesaat (TPS).

Angka itu dua kali ganda daripada rekod trafik sebelum ini iaitu 3,283 TPS ketika skuad bola sepak Jepun menang mengejutkan Denmark pada saingan Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun lalu.

“Hanya empat saat sebelum tengah malam untuk kedatangan 1 Januari 2011, Twitter memperoleh satu rekod baru penghantaran mesej dalam tempoh sesaat," kata laman sosial itu hari ini.

Twitter berkata, ketika tempoh rekod yang dicatat itu, seluruh dunia menghantar 6,939 TPS ucapan kepada rakan masing-masing menggunakan perkataan ’Akemashite omedetou gozaimasu’ (’Selamat Tahun Baru!’).”

Twitter berkata, di Jepun yang mempunyai jumlah penduduk 127 juta, rangkaian telekomunikasi mudah alihnya sering tergendala berikutan terlalu ramai pelanggan yang mengambil kesempatan meraikan tahun baru.

"Tahun ini bagaimanapun, ketika menjelang Tahun Baru 2011, ramai penduduk beralih menggunakan Twitter untuk meraikannnya.” katanya

Sumber : Bharian

No comments:

Post a Comment