Nuffnang

Wednesday, January 5, 2011

ULAR SAWA DI KAHWIN

Macam nak tergelak pun ada baca berita kat bawah ya kawan-kawan. Hari ini dah tak dapat nak paksa manusia kawen. Dipaksanya pulak binatang yang kawen. Adeh, melampau tul manusia...hehehe

Tengok tu ular jadi mangsa keadaan...hahaha. Jom kita terjah pulak cite kat bawah.

Satu majlis perkahwinan di Kemboja menarik hampir 1,000 orang kerana pengantin lelaki dan perempuannya ialah ular.

Perkahwinan antara Chamreun, ular sawa betina peliharaan yang sepanjang 3.7 meter dan berat 91 kilogram dengan Krong Pich, ular sawa jantan itu dilangsungkan di Kampung Satu, wilayah Kandal, kira-kira 19 kilometer dari Pnom Penh.

“Kami mengadakan majlis perkahwinan untuk ular sawa itu kerana mahu mengusir perkara tidak baik dan membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kampung kami,” kata pemilik Cmareun, Neth Vy, 41.

Tukang tilik percaya ular sawa itu adalah haiwan ajaib yang membawa kemakmuran dan keamanan kepada kampung itu dan penduduk mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka selepas seorang budak dipercayai disampuk baru-baru ini.

Majlis itu berlangsung selama dua jam dan berakhir selepas dua sami Buddha merestuinya sambil penduduk kampung menaburkan bunga ke atas mereka.

Sumber : Hmetro

4 comments: