Nuffnang

Friday, January 21, 2011

WANITA BERFIKIRAN POSITIF


Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah. Langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.

Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Kita tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat kita sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang kita tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada kita dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’.

Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif kita perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi. Berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.

No comments:

Post a Comment