Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau sebaliknya.
Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun.
Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semoga bermanafaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga.
Niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.
Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika Allah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.
Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali lebih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan sebuah mahligai yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan lain-lain perkara lagi.
Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masa depan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dan sebagainya.
Inilah tips yang boleh kita kongsikan kerukunan rumahtangga kita boleh kekal 22 tahun. Berlakunya pertelingkahan dan ada yang tersasar jauh masih boleh di selamatkan atas tujuan kebaikan agama. Insyallah besar pahala dan ganjarannya.
Allah meletakkan kebaikan pada isteri yang sabar. Amin!

aminn ya robbal alaminn akak ct tewww.. salam ziarahh jer
ReplyDeleteen_me : Tkasih ya...mdoakan kebaikan sy....
ReplyDelete