Nuffnang

Wednesday, March 2, 2011

DOA UNTUK SUAMIKU



Doa ini untuk suamiku, moga dia menghayati apa yang ingin kita sampaikan padaNya.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini
Adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat
Tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran
Untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku ini ditakdirkan bukan terbaik untuk diriku
Kau tunjukkanlah
Aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu
Untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah..
Kau yang Maha megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang maha mengampuni
Segala kesilapan dan ketelanjurannya

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Cukuplah penghinaan dan fitnah yang di taburkan


Ya Allah..
Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah...
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri serta ibu yang sentiasa dihati suami


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

No comments:

Post a Comment