Kita ada terbaca satu komen dari silent readers yang minta bantuan tapi tiada meninggalkan emel. Kita rasa bersalah kalau tidak menjawabnya. Apa salahnya ilmu dan pengalaman ini kita kongsi bersama. Komennya berbunyi begini :
Salam ct, maaf mengganggu..sy ada terbaca coretan ct psl pembedahan polip..adakah sama dgn sinusitis?
Nak tanya ct berapa kos pembedahan tu eh?? Psl sy rasa sy pun ada masalah yg sama..rs hidung, telinga n kepala mcm beradang je..takut sgt..harap ct boleh reply to my email about it...
best regards,
iffa
Bila memikirkan masalah dia, saya rasa ingin membantu dan tidak salah rasanya kita buat satu entry di sini dan boleh di kongsi dengan rakan lain. Firstly terima kasih Iffa sudi melawat blog akak yang tidak seberapa ini.
Pembedahan polip dan sinusitis caranya sama je. Masalah polip kita dulu di sebabkan dinding dalaman hidung hingga pangkal otak kian sempit, jadi bagi mengelak dari sukar bernafas doktor cari jalan alternatif trim dinding tersebut. Macam luaskan longkang atau terowong...hehehe
Kalau sinusitis dia buang sinus sahaja tapi kalau dah mula rasa pada telinga, mata, idung dan bukan kepala ya dik, tu melibatkan otak. Kalau scan sure nampak nanah di area dahi, itu sudah di kategorikan agak bahaya. Biasanya doktor tahu tahap kita di mana melalui penelitiannya di scan.
Baik polip dan sinus, sekiranya sudah menjalani pembedahan tolong jaga makanan atau faktor sekeliling. Perlu kena mengambil langkah berjaga-jaga sebab benda ini boleh berulang kembali. Peganglah kata-kata mencegah lebih baik mengubat bila sudah menjalani pembedahan.
Kalau sanggup menjalani pembedahan, bermakna kena kuat mentaliti. Pembedahan ini melibatkan keluar darah yang banyak kerana kedudukannya berhampiran pangkal otak. Tahukan tahap ketebalannya tisu otak hanya seperti kulit bawang. Nipis sangat.
Pengalaman kita dulu sudah 2 minggu pembedahan pun kadangkala berketul-ketul darah keluar so jangan panik. Kena tenangkan diri, especially masa di wad. Hidung kena sumbat selepas pembedahan so jangan panik bila masa kain luka hendak di tarik. Doktor akan lakukan yang terbaik untuk pesakitnya.
Jangan takut sebab sekarang teknologi cukup canggih serta doktor ENT yang mengendalikan semuanya berpengalaman. Kita yakin boleh lakukan kalau di sertai doa sentiasa. Insyallah.
Kos pembedahan ya? Kita buat di hospital kerajaan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kos sikit sangat sebab kita kakitangan kerajaan so guna GL. Kalau pergi pakar swasta bawah RM5000.00. Mungkin rezeki kita, buat temujanji di klinik ENT dalam masa 2 bulan terus buat operation so memang tak tunggu lama.
Kita doakan Iffa lakukan yang terbaik, moga cepat sembuh begitu juga sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman sedikit ini. Selagi kita mampu, insyallah kita bantu. Untuk Iffa kuatkan semangat dan tabahkan hati, percaya dengan diri sendiri. Anggaplah sakit itu ujian darinya, pejamkan mata katalah dalam hati alhamdulilah aku antara insan-insan yang terpilih olehNya.

No comments:
Post a Comment