Nuffnang

Sunday, February 13, 2011

JAMBANGAN ROS


Layu dah jambangan ros putih ini. Kita letak kat atas meja pejabat. Jambangan ros ini kita terima sehari selepas besday kita yang ke 45 pada 14 Januari 2011, hari jumaat.

Masa kita balik minum pagi, tengok atas meja ada jambangan. Kita belek nama penghantar jambangan ini, terkedu kejap sampai tak boleh nak berkata apa. Pejam mata terus nangis puas-puas. Kita terharu sebab orang yang hantar bunga ini memahami situasi kita ketika itu.

Memang selama ini kita impikan orang bagi kita jambangan bunga segar. Banyak kali kita luah perasaan ini tapi hampa. Kita tak minta apa-apa tapi memadai dengan jambangan bunga segar. Mungkin kita boleh beli beg, kasut, minyak wangi, baju dan sebagainya dengan wang sendiri tapi kalau kita nak jambangan bunga tak mungkin beli sendiri hantar sendiri. Nampak pelikkan?

Terima kasih atas pemberian jambangan ros putih tempohari untuk kita. Kita masih ingat pada kad tertulis.

" Selamat Hari lahir CT, tabahkan hati dan kuatkan semangat dalam melalui ujian Allah, percayalah tak semua insan terpilih untuk melalui ujian dariNya. Ramai yang sedia membantu dan menyokong saat ini. Dont be sad! ".

Terharunya kita terima jambangan ros putih masa tu.
Alhamdulilah, terima kasih sekali lagi atas pemberian jambangan ros putih tempohari.

No comments:

Post a Comment