Nuffnang

Thursday, February 10, 2011

MAHKAMAH NASIHAT SUAMI ZAKIAH LAFAZ TALAK

Mahkamah Rendah Syariah di sini akan menasihatkan suami pengacara TV3, Zakiah Anas supaya melafazkan talak ke atas wanita itu selepas Jawatankuasa Pendamai yang dilantik telah gagal memujuk pasangan tersebut untuk meneruskan perhubungan sebagai suami isteri.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menyatakan demikian selepas meneliti laporan yang diserahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang merupakan pengerusi jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, peguam syarie, Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya hadir hari ini namun defendan, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib, 49, gagal hadir tanpa sebarang alasan.

"Sekiranya Mohamad Yusof hadir hari ini, mahkamah akan menasihatkan beliau supaya melafazkan talak terhadap Zakiah (plaintif) mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003," ujar Ghazali.

Ghazali kemudian turut membenarkan permohonan Abdullah supaya defendan yang tidak diwakili peguam syarie dikenakan waran tangkap dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac ini.

Zakiah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya pada Januari tahun lalu mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Jawatankuasa Pendamai yang dilantik daripada kalangan keluarga terdekat pasangan itu ditubuhkan untuk berbincang sekali gus mencari jalan penyelesaian berhubung kes tersebut.

Sebelum ini, Zakiah pernah memfailkan permohonan cerai secara fasakh sebelum menukarnya kepada pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Syariah Shah Alam tetapi menarik balik kes itu pada 1 September dua tahun lalu.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment