Nuffnang

Monday, February 28, 2011

ULAM KAYA ANTIOKSIDA


Ulam ialah sejenis tumbuhan yang dimakan mentah dan segar. Generasi kini lebih kenal dengan makanan ringan seperti ayam goreng Kentucky, kentang goreng McDonald dan sebagainya.

Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan zat galian bukan sahaja berpotensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan.

kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman.

Sudah tentu ianya menyihatkan. Dan sudah tentu ianya bersih. Ulam mudah diperolehi di pasar-pasar pagi, pasaraya dan pasar-pasar malam. Malah ulam boleh didapati dibelakang rumah, tepi rumah dan kawasan kebun. Lebih meyakinkan kalau tanam sendiri.

Ulam adalah makanan asli Melayu, lebih enak kalau ada banyak jenis lagi, ulam tak semestinya dimakan pagi, malah tengahari dan malam juga enak dimakan, tak susah nak sediakan ulam, begini langkahnya:

1. Petik
2. Basuh/Celur
3. Hidang
4. Makan

Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka. Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas.

Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya. Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.

Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

No comments:

Post a Comment