Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat. Itulah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.
Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menyuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik tetapi hanya mementingkan seksual semata-mata.
Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya. Kadangkala wanita-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas dan teksi untuk ketempat kerja, menghadiri majlis sosial dan sebagainya.
Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf bukan mengugut orang sana sini, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi.
Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa menderita.

No comments:
Post a Comment