Kita lebih selesa bertindak sesuatu mengikut kewarasan buka membabi buta. Silap bagi kita tindakan sebegitu. Senang cite dah terhantuk baru nak tarik balik dan mintak maaf.
Pertamanya kita sentiasa ingat Allah jadinya segala perbuatan yang kita nak lakukan ada penghalang. Sebab itu Allah bagi kita akal untuk berfikir. Akal akan mudah dibangunkan bila kita menyembah Allah secara logik dan nyata. Bukannya bayangan-bayangan kosong yang kita tidak fahami.
Walaupun Tuhan itu tidak mampu kita lihat melalui mata kasar, namun mata hati mampu menyentuhNya. Sentuhan hati kita itulah pancaindera untuk melihat Allah. Hati yang merasai getaran KeagunganNya setelah kita berfikir secara logik tanda-tanda Kekuasaan Allah pada semesta alam termasuk pada diri kita sendiri.
Cuba kita renung, berapa banyak dosa yang kita lakukan tanpa di sedari? Hanya manusia yang tidak waras sahaja sanggup berlakon untuk mengadap Allah.
Tetapi jika manusia sengaja melemahkan tahap mentalitinya sendiri, maka dia mudah tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan. Dan tidaklah syaitan ini menghasut, melainkan untuk membawa manusia ke arah kebinasaan contohnya penzinaan, keterlanjuran dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment