Telah ditetapkan atas manusia hindari diri dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara, zinanya tangan adalah meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan- Riwayat Bukhari,Muslim, Abu Daud dan lain lain.
Sekarang mari pula kita lihat ayat Allah swt yang mengharamkan perbuatan zina dan sekaligus mengharamkan segala perbuatan yang menjurus ke arahnya.
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk- Al Israa 17:32
Di sini Allah telah mengisyaratkan bahawa perbuatan zina adalah haram dan segala jalan yang menuju ke arahnya menjadi haram.
Sebagai contoh, dapat kita ketahui bahawa menonton pornografi akan mendorong kepada zina, maka hukumnya haram. Begitu juga dalam perihal bercouple, dapat kita saksikan kini betapa ramai muda mudi/ suami atau isteri orang/ janda atau duda yang terlanjur akibat dari bercinta, maka hukumnya turut menjadi haram.
Masalahnya sekarang kalau kita yakin dengan hukum Allah, pasti kita tidak akan terjebak dalam perkara sebegini. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun wujud pula rindu berlebihan. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian- Surah Yusuf, ayat 24
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa - Ibu Qayyim berkata.

No comments:
Post a Comment