Nuffnang

Sunday, April 3, 2011

HUJUNG MINGGU


Bangun seawal 5.50pg, selepas incik asben keluar kesurau menunaikan solat subuh. Bangun terus solat subuh dan baca yassin sementara menunggu incik asben balik.

Nak turun ke dapur rasa awal lagi jadi kita capai buku yang kita pinjam di perpustakaan minggu lepas. Sempat baca buku ' Diet Sihat Bagi Golongan Berdarah A ' sambil baring atas katil.

dapatlah baca 4 mukasurat, kita turun bawah buat roti bakar dan air milo, incik asben keluar kejap dan balik bawa laksam. Memandangkan kita dah ambil roti bakar biarkan dulu laksam. Laksam ni merupakan salah satu makanan kegemaran kita. Tapi tak boleh makan selalu juga, sebab bersantan.

No comments:

Post a Comment