Nuffnang

Saturday, April 2, 2011

LEBUHRAYA SESAK 5 JAM


Laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke ibu negara semalam sesak hampir lima jam selepas dua buah treler membawa buatan simen dan acuan sarung tangan terbalik di Kilometer 445.3 berhampiran susur keluar Rawang di sini.

Kejadian pada pukul 6 pagi itu dipercayai berlaku apabila treler membawa muatan simen yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun terbabas dan merempuh sebuah treler membawa acuan sarung tangan di hadapannya. Treler membawa simen itu kemudian terhumban ke dalam longkang.

Jurucakap bomba berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati pemandu lori simen tersepit di tempat duduk.

“Kita mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kaki pemandu lori simen yang tersepit pada stereng dan semua mangsa hanya cedera ringan walaupun kedua-dua kenderaan itu terbalik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment