Nuffnang

Sunday, May 29, 2011

BISKUT MENTEGA COKLAT


Selepas di bakar

Sebelum di bakar

Adunan

Selamat berhujung minggu ya kawan-kawan semua. Kita tak masak tengahari sebab banyak sangat undang majlis perkahwinan di sana sini.

Memandangkan ada stok tepung cookie Nona kita pun buatlah biskut mentega coklat. Pukul 10.00pg tadi kita buat satu adunan. Macam raya gitu. Biasalah petang-petang begini sambil baca buku motivasi tambah hujan dengan rasa sejuknya. Apa lagi makan biskut mentega coklat sambil minum teh O. Nyum, nyum!

BISKUT MENTEGA COKLAT

Bahan-bahannya :
400gm Tepung cookie Nona
150ml mentega/majerin
1 biji telur
Bijian coklat

Cara-caranya :
Putar mentega bersama telur menggunakan senduk dan campurkan tepung cookie Nona. Uli sehingga menjadi doh. Bentuk-bentukkan bulat dan leperkan. Kemudian letakkan bijian coklat. Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.

Mudahkan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment