Nuffnang

Thursday, May 12, 2011

MONYET @ STUDENT

Tak tahu nak mulakan menaip entri malam ini tapi kena luahkan di sini sebab ada rasa kesal di hati. Kita juga manusia biasa yang tak lepas dari silap dan salah.

Seperti biasa kita slide kehadiran seawal 7.22pg, dengan tidak membuang masa terus kita buat kerja-kerja yang sepatutnya. Biasanya kita buat rondaan komputer di setiap aras. Dalam masa kita di aras 3 terpandang sebungkus plastik berwarna merah yang dalamnya terdapat sesisir kulit pisang di bawah meja komputer.

Dalam masa kita mencapai plastik tersebut kita nampak 2-3 orang staf yang sedang menyusun kerusi berhampiran kawasan komputer tempat kita berdiri. Dengan rasa selamba mulut kita terpacul berkata "monyet mana ya yang makan pisang dalam library?, tak tahu peraturan langsung".

Kita terus ke aras 4, 5 dan 2 kemudian masuk ke dalam pejabat memulakan kerja seperti biasa. Pukul 10.00pg kita keluar minum dengan incik asben di P19. Dalam masa nak meninggalkan cafe incik asben terus ke kaunter bayaran sambil di ikuti kita dari belakang. Dalam proses incik asben hendak membayar di kaunter kita terpandang 2 sisir pisang yang begitu molek, kita sekadar pegang-pegang. Incik asben membelinya 3 biji, dia makan dalam kereta sebiji dan bakinya di beri pada kita bawa ke pejabat.

Dalam pada masa dia beri kita boleh bergurau, " siaplah kalau nanti ada staf pagi tadi nampak kita bawa pisang ni, sure mereka kata kita monyet sebab bawa pisang dalam library "...hehehe

Selepas solat maghrib sementara menunggu isyak kita rasa macam menyesal dengan keterlanjuran kata-kata kita pagi tadi. Kita tahu yang bawa masuk pisang itu adalah student. Kalau student itu manusia seperti kita juga. Mereka itu tak layak kita sebut monyet.

Ya Allah kau ampunkan atas keterlanjuran kata-kataku pagi tadi, mungkin selepas minum pagi tadi Allah gerakkan lagi untuk kita berjumpa lagi dengan 2 sisir pisang yang molek untuk kita terus berfikir.

2 comments:

  1. btol... setuju... nobodys perfect kann..

    ReplyDelete
  2. deAnza-wAnda : bagus u bfikiran cmtu..

    ReplyDelete