Nuffnang

Saturday, June 25, 2011

ANAK-ANAKKU


Anak-anak ibu tersayang,

Teringat ibu semasa kamu zaman keanakkan, telah ibu alunkan zikir tasbih sehingga terlena dalam buaian. Ibu bersihkan kamu berdua dan memakai kain lampin. Kadangkala bila sudah lena di ulit mimpi ibu perhatikan paras rupa comel kamu berdua. Montelnya anak-anak ibu semasa kecil. Alhamdulilah impian ibu termakbul sekarang punya sepasang anak-anak, Aja dan Azim.

Jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, walau besar mana pun ujian diluar sana.

Dan inginlah ibu berpesan kepada kamu janganlah sekali-kali kamu mempersekutukan Allah . Insyallah dan ibu percaya kamulah zuriat ibu didunia dan akhirat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu.

No comments:

Post a Comment