Nuffnang

Thursday, June 16, 2011

LUAHAN HATI PUAN N

Sumber dari http://harianmetroll.blogspot.com

Kita terima panggilan dari Puan N yang menetap di Segamat beberapa hari yang lalu. Terpaku mendengar apa yang disampaikan dari hatinya yang sedang berduka. Ikutkan hati memang sebesar zarah pun kita tak mahu langsung mendengar apa yang ingin disampaikan tapi kita beri laluan kepadanya, mungkin dengan luahan boleh meredakan keresahan, kesedihan, kebencian, kekecewaan yang bersarang dalam dirinya.

Kita terus mendengar tanpa mencelah apa yang ingin disampaikan. Dalam hati kecil ini hanya boleh bercakap 'malas aku nak campur, biarlah! itu urusan keluarganya. Siapalah kita orang luar untuk menasihati suaminya. Kita tak layak, di ulangi kita tak layak.

Tapi dari sudut hati kita hanya boleh bersimpati pada Puan N dan anak-anaknya yang memerlukan kasih sayang tapi sayang sikap suaminya melampui batas. Ermm! patutkah insan yang berstatus suami dan bapa di tangkap berkhalwat? Dari sumber-sumber sebelum ini memang wajar, dah banyak kali suaminya berkelakuan sebegini. Hurmm!

Kita hanya boleh nasihat bersabar dan mintalah pertolongan dari Allah serta bertindaklah secara rasional. Dalam hati kecil kita hanya boleh tersenyum sinis sambil terpikir macam inikah perangai mereka semua? Persoalan ini bersarang dalam hati kita sehingga kini.Wajarkah mereka memberi contoh terbaik pada anak-anak?

Macam-macam kita pikirkan, bagaimana agaknya sebagai anak-anak hendak mendoakan kedua ibubapanya kalau berperangai sedemikian rupa? Sedih memikirkan.

Hurmm! Kita sebagai orang luar hanya ada mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar, lebih dari itu tak mungkin. Tengokkan ajelah, anak-anak pun sudah boleh menilai perangai baik dan buruk perangai ibubapanya. Masing-masing usia dah hampir senja, bila agaknya nak insaf?


No comments:

Post a Comment