Nuffnang

Thursday, June 16, 2011

MATI DIDERA BAPA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Batu Pahat pada 6 Jun lalu meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandungnya.

Tay Chin Zhi yang dimasukkan ke hospital itu disahkan mati pada hujung minggu lalu dipercayai akibat kecederaan dalaman, kesan lebam turut ditemui pada sebahagian badannya.

Menurut seorang kenalan keluarga mangsa yang enggan dikenali, Tay ialah pasangan kembar tiga dan anak bongsu daripada lima beradik.

“Dua minggu sebelum kejadian, saya terlihat kesan lebam pada bahagian muka kanan Tay.


“Saya memaklumkan perkara itu kepada ibunya malah menasihatkannya untuk membawa Tay mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Bulat, Sungai Balang di sini, semalam.

Katanya, ibu Tay yang berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat ukur tanah di bandar berkenaan seakan bersikap acuh tidak acuh selain mendakwa kecederaan dialami anaknya itu tidak serius.

Menurutnya, bapa mangsa berusia 36 tahun dan bekerja di pusat jualan benih kelapa sawit kemudian membawa Tay mendapatkan rawatan di hospital swasta itu.

“Beberapa hari kemudian, saya mendapat maklumat Tay disahkan mati ketika dirawat,” katanya.

Berita selanjutnya klik Hmetro.

No comments:

Post a Comment