Nuffnang

Thursday, June 9, 2011

PARKIR ASRAMA PASANGAN CURANG


Seronok sangat sampai tak sedar aksinya di rakam

Tisu. Ermm...Lap apa ya?

Moga kita semua mengambil iktibar dari pengajaran berita dari Hmetro semalam. Apa yang boleh kita bagi nasihat, takutlah dengan hukum dan azab Allah, hormatilah perasaan pasangan anda dan anak masing-masing. Hanya tiang agama sahaja boleh menghalang perkara-perkara ini berlaku.

Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parkir asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.

Sumber : Hmetro

2 comments:

  1. Astarfirullah dunia akir zaman :)
    mintak dijauhi ..

    ReplyDelete
  2. bila nafsu dah beraja...macam2 boleh jadi

    ReplyDelete