Nuffnang

Monday, June 6, 2011

PENGAT PISANG


Petang semalam hujan dari pagi sampai ke tengahari, tiada aktiviti outdoor yang boleh kita lakukan selain buat kerja-kerja rumah. Kita nampak pisang tanduk pemberian abah semalam yang sudah masak ranum atas kabinet.

Memandang bahan-bahan nak buat pengat pisang semuanya ada stok di dapur kita, tanpa membuang masa terus kita buat kerja-kerja memasak pengat pisang. Lagi pun tekak ini dah lama tak makan pengat pisang. Sedapnya.

PENGAT PISANG

Pisang tanduk - 2 biji
Gula Melaka - 1 ketul
Gula pasir - 3 sudu besar
Sagu rendang - 1/2 cawan
Santan Kotak - 1 kotak kecil
Air - 6 cawan
Daun pandan - 3 helai
Garam - secubit

Caranya :

Panaskan air dalam periuk bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir sehingga mendidih. Masukkan sagu rendang dan pisang. Masukkan santan dan secubit garam. Kacau sekejap dan biarkan api perlahan sehingga mendidih. Matikan api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment