Nuffnang

Monday, June 27, 2011

TERHARU



Kadangkala tak terpikir oleh kita sehingga kita hendak menulis tentang anak buah kita yang cumil ala gebuz ini. Sorilah ya Acan mak sedara ko menulis di sini. Tak salahkan, kan?

Dia buat kita cukup tersentuh semasa hari konvokesyen kakak kita, I mean mak si acan. Kita memang dah pasang niat nak hadiahkan kakak kita jambangan bunga masa konvo dia. Kita pun pergilah kat tempat orang jual bunga. Kita pun tunjukkan kat Acan, sambil tanya boleh tak bagi kat mak dia camni? Dia tanya harga kita cakap rahsia...hahaha

Lepas tu dia mintak izin cakap nak pergi kedai cenderamata di PWTC kat kita, tak bimbanglah sebab kita duduk dekat sofa depan kedai tu je. Lama gak budak ni pergi.

Bila balik terus dia buat kejutan kat kita sambil sembunyikan barang dekat belakang badan. Kita peluk2 dia sambil gurau cakap nak tengok. Dia pun cakap jeng, jengggg. Ya Allah berderau darah, bukan apa terharu sesangat sebab dia belikan mak dia tudung Ariani dalam kotak dan sebuah bear yang cumil. Airmata kita terus meleleh, terharu apa yang dia lakukan berbanding dengan kakak dia yang 2 orang. Yelah, anak-anak ni sikapnya berbeza.

Patutlah bila kita pandang kedai cenderamata tak nampak pun kelibat dia. Nak tau tak dia siap survey harga jambangan bunga kita...hihihi. Jin notti ya ko Acan...hihihi

Untuk Acan teruskan dengan kasih sayang yang berpanjangan, jaga mak bebaik dan jadi anak yg soleh serta berjaya dalam akademik. I luv u Acan!

4 comments:

  1. baiknya hasan..terharu...!!

    ReplyDelete
  2. ita@cerul : Acan mmg baik, cukup ambil berat ttg mak dia...

    ReplyDelete
  3. slm ukhuwah...bgusnyer acan..semoga sikapnyer kekal sampai bila2.....:-)

    ReplyDelete
  4. ummi_khalish : Alhamdulilah, mudah2an jd ank yg baik...amin

    ReplyDelete