Nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

TIGA GEMPA BUMI GEGAR NEGARA


Sejak kebelakangan ini kerap juga kita dengar kawasan-kawasan di negara kita yang terlibat dengan gegaran dari negara seberang. Takut jugakan bagi yang tinggal di kawasan situ. Cuba kita baca berita selanjutnya di bawah.

Tiga gempa bumi berlaku semalam masing-masing dua di Sumatera Utara, Indonesia dan Sandakan di Sabah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran.

Gempa bumi pertama bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

Pada sebelah petang, satu lagi gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Tongod di Sandakan, Sabah pada pukul 5.21 petang.

Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Megan Avenue.

Bagaimanapun, ketiga-tiga kejadian gempa tersebut tidak mengakibatkan tsunami.

Sumber : Kosmo

2 comments:

  1. kat sandakan pun ada rupanya semalam?

    ReplyDelete
  2. gadisbunga : Iya ke? Sandakan pun rasa gegarannya semalam...takut ekkk?

    ReplyDelete