Nuffnang

Tuesday, July 26, 2011

ANAK PEMANDU LORI JADI DOKTOR

Mengingatkan pada anak kita dan diluar sana. Bacalah artikel ini yang kita copy dari Hmetro hari ini, sekurang2nya sebagai motivasi diri. Bacalah ya di bawah tu.

Kegagalan mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA) selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 11 tahun lalu tidak menghalang penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Misra Helma Firdaus mencapai cita-citanya menjadi doktor.

Anak kepada pemandu lori itu bangkit dengan semangat baru bagi membuktikan kegagalannya bukan penghalang menggenggam kejayaan di majlis konvokesyen kesembilan MSU, baru-baru ini.

Anak sulung daripada empat beradik itu mengakui kejayaannya langkah awal membawa keluarga keluar dari belenggu kemiskinan.

Menceritakan kepayahan hidupnya, dia, berkata pernah melepaskan peluang melanjut-kan pengajian di bidang perubatan di Bandung, Indonesia kerana gagal melunaskan yuran pengajian RM25,000.

“Bagaimanapun, rakan mencadangkan saya meneruskan pengajian ke MSU dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan.

“Saya bersyukur impian itu akhirnya menjadi kenyataan,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), 3.53.

Dia turut bergiat aktif dalam persatuan Silat Seni Gayung Pattani sehingga muncul juara Pertandingan Silat Melayu peringkat kebangsaan pada 2008 selain pernah mewakili negara ke Paris dalam International Martial Arts serta juara Persembahan Dunia Melayu Dunia Islam 2011.

Bagi penerima Anugerah Presiden, Nurul Nadiah Selamat, dia mengulang kaji pelajaran secara konsisten setiap kali mendapat pelajaran baru selain berbincang bersama.

“Saya bukan jenis ulat buku, tetapi sentiasa fokus dalam kuliah.

“Kejayaan ini melonjakkan semangat saya terus cemerlang di masa depan,” katanya yang memperoleh CGPA 3.86.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment