Nuffnang

Friday, July 29, 2011

BERPUASA BUKAN SEKADAR BERLAPAR



Salam pagi jumaat untuk semua. Beberapa hari saja lagi kita dan seluruh umat Islam dunia akan menyambut Ramadan. Harap semua sangat ternanti-nanti kemunculan bulan mulia ini sebab ketika ini perasaan yang cukup tenang.

Perlakuan kita akan dijaga kerana untuk tidak membatalkan puasa dan sekali gus menjadikan kita sebagai orang yang terkawal. Ini sangat berbeza daripada hari-hari yang lain. Kita kadang-kadang bertindak mengikut gerak hati, nafsu yang meluas dan bukan fikiran.

Dalam pengucapan kita yang kadang-kadang tersembur perkataan atau ayat-ayat yang tidak manis. Pengucapan ini seolah sudah menjadi sesuatu yang tidak salah kerana mungkin kita begitu lazim mengucapkannya. Namun di bulan ini, kita akan lebih berhati-hati untuk bercakap dan seboleh mungkin mengelak daripada memaki hamun. Semuanya kita anggap sebagai cabaran dan untuk menjaga pahala puasa kita, kita banyak muhasabah diri. Inilah keistimewaannya Ramadan. Rupanya kita boleh mengawal mulut kita dan Insya-Allah ia boleh juga mendidik kita untuk terus-terusan begitu.

Begitu juga dengan pekerti kita yang selama ini bebas menceritakan keburukan orang lain, memfitnah orang lain namun di bulan Ramadan kita akan lebih tertib. Ini bermakna, perangai elok yang kita mampu kekalkan selama sebulan ini sememangnya boleh terus dikekalkan. Kita berdoa agar kebaikan yang kita perolehi di bulan Ramadan ini dapat berkekalan berterusan. Perasaan kita sangat tenang di bulan ini. Mungkin kerana niat puasa pada awal hari menjadikan jiwa kita lebih tenteram dalam menghadapi cabaran sepanjang hari berpuasa. Sememangnya bulan ini bulan kita melatih diri untuk kembali menjadi insan yang dituntut.

No comments:

Post a Comment