Nuffnang

Sunday, July 31, 2011

PUTERI HARBOUR


Jalan-jalan sambil makan angin di Harbour Town. Opssss! Taklah Harbour Town tu di Australia, kita sekadar pergi ke Puteri Harbour, Nusajaya....huhuhu. Dah lama juga terpikir untuk kesini, bukan jauh sangat pun dari kediaman kita nak ke Puteri Harbour.


Semalam berkesempatan untuk kesana bersama anak-anak, kita dah decide masa breakfast, jadinya kita abiskan masa dalam 2 jam di sana untuk menikmati keindahan sambil mengambil gambar mana kami rasakan sesuai. Agak besar dan memang berbaloi untuk exercise kaki...hahaha



Semasa kita berada di sana, apa yang kita perhatikan memang ramai 'kaki foto' atas tujuan menunaikan hobi waktu laoang mereka. Masing-masing mencari pose yang mereka rasakan sesuai. Cantik! Termasuklah kita yang posing sampai lupa diri...huhuhu



Subhanalah, semuanya nampak cantik di mata kita. Bangga sedikit menjadi warga Johor dengan kawasannya ya g indah permai....huhuhu. Indah permai ke? hahaha



Yang menarik sekali bagi saya adalah Puteri Harbour, yang mana pengkalan ini lebih kurang macam pengkalan yang ada di Langkawi itu. Pelawat-pelawat pun dah banyak yang datang walaupun secara keseluruhannya tempat ini belum lagi sempurna pembangunannya.



Banyak juga kapal-kapal yang dah ada di Puteri Harbour ini. Cuma apa yang merisaukan saya, selalunya bila ada harbour, mesti ada marina. Maka adalah botol-botol arak. Camna tuh?



Deretan kerusi-kerusi seperti di Langkawi. Tak kisahlah tu janji kita masih lagi dalam satu Malaysia.




Petang itu, selepas mengambil angin, sebelum pulang terus ke rumah. Anak-anak nampak gembira walaupun pergerakan agak terbatas disebabkan keluasan yang agak luas. Anak-anak sudah mula mempamerkan wajah bahagianya sejak akhir-akhir ini.



Alhamdulillah. Syukur. Syukur yang tidak terhingga. Aja dan Azim, ibu sayang sangat kat kamu berdua, tahu?

No comments:

Post a Comment