Nuffnang

Thursday, July 21, 2011

WARGA EMAS DISAMUN

Tak tahu nak cakaplah, duduk rumah tak selamat apatah lagi keluar rumah sesuka hati. Apa kaedah yang terbaik nak buat agaknya. Jeriji besi takkan nak berkunci 24jam...huhuhu. Pasang rantai pagar depan belakang besar2...huhuhu. Jom baca berita yang baru keluar petang ini.

Seorang wanita warga emas kerugian RM12,000 apabila seutas rantai emas yang dipakainya disamun seorang lelaki dirumahnya di Kampung Padang Landak, Alur Selising dekat sini kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Aminah Awang, turut cedera ringan di pipi kiri dan bibirnya akibat ditekup penjenayah itu ketika beliau menjerit meminta tolong.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata ketika kejadian, Aminah bersendirian bersama seorang cucunya yang berumur tiga tahun di rumah manakala suaminya Mat Ali Awang Senik, menyertai satu perjumpaan petani di Semerak, Kelantan.

Katanya mangsa yang curiga apabila melihat suspek bersama seorang rakan yang memandu kereta jenis Proton Satria berwarna putih masuk ke kawasan halaman rumahnya cuba menutup pintu dapur.

"Ketika ingin menutup pintu hadapan rumah, suspek telah pun berada dalam rumah dan merentap rantai leher mangsa sebelum melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di kereta," katanya kepada pemberita di sini.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment