Nuffnang

Thursday, August 4, 2011

AKU DAN HUJAN

Tengahari semalam alam sejuk buat seketika, bila mutiara kecil itu tiba2 bersama Rahmat dan bukan saja ia menjalankan tugas membasahi alam yang indah ini.

Terlalu banyak kenangan pahit ketika hujan menjelma, kerana selalunya ia akan datang menyergah membawa kemusanahan penempatan tepian laut dan kampung ditepian sungai habis ditengalami air.


Sumber Google


Ketika zaman bersekolah rendah, kami akan duduk berpelukan ketakutan mendengar alam bergema dan hanya dapat berdoa agar cuaca akan berubah dan bila mereka berlalu pergi yang tinggal cumalah padang penuh dengan air.

Kita tak tahu kenapa ramai yang terlalu suka dengan kedatangan sang hujan mungkin boleh berlari-lari bermain air hujan. Agaknya la!

Nabi juga selalu takut pabila awan gelap menjelma, baginda akan terus ke masjid kerana ketakutan dan bila ditanya mengapa, baginda berkata yang beliau takut hujan yang datang itu bukanlah rahmat tetapi azab dari langit.


No comments:

Post a Comment