Nuffnang

Saturday, August 27, 2011

AL FATIHAH

Marilah kita sama2 sedekahkah Al Fatihah ini buat dua insan bernama Farah Nabila Sazali dan Mohammad Izuan Abdul Majid. Farah Nabila Sazali merupakan classmate anak dara kita ketika belajar di Sek. Men. Teknik Pontian dan sekolah ini sudah dijadikan Pusat Matrikulasi, Pontian sekarang.

Mereka membawa haluan masing2 kerana masing2 melanjutkan pelajar di IPTA. Rasa terkejut juga ketika anak dara kita buat panggilan tengahari semalam sewaktu dipejabat. Kadang2 kita terlalu berhati2 orang lain pula yang cuai di jalanraya, apa pun ajal dan maut di tangan Allah.


Dua pelajar Politeknik Merlimau terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 26 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin malam tadi, menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam.

Beliau berkata, mangsa Farah Nabila Sazali dari Parit Raja, Muar, Johor dan Mohammad Izuan Abdul Majid dari Mersing, Johor terbabit dengan kemalangan itu pada pukul 12.30 malam tadi.

Kedua-dua mangsa berumur 20 tahun yang menaiki kereta kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit selepas dilanggar kereta Proton Wira Aeroback dan Ford Laser dari arah belakang mengakibatkan kereta yang mereka naiki terbalik di tengah jalan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton wira Aeroback dan Ford Laser itu dikatakan hilang kawalan dipercayai dipandu laju.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira Aeroback cedera parah manakala pemandu kereta Ford Laser dalam keadaan kritikal.

Ketiga-tiga lelaki terbabit belum diketahui identiti dihantar ke Hospital Muar, Johor untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa maut dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment