Nuffnang

Monday, August 1, 2011

ALHAMDULILAH


Alhamdulilah, selamat sudah kita menjalankan ibadah puasa untuk hari ini. Kami bertiga hari ini bebuka puasa di rumah abah, dah jadi trend setiap hari pertama puasa berbuka dirumah abah. Balik pun incik asben yang cadangkan berbuka di sana. Mood eppy...lalala



Sebelum sampai rumah abah, kami singgah di pusara mak. Persekitaran kubur terjaga cukup rapi dan bersih. Terima kasih pada pakcik penjaga kubur yang sudi memberi perkhidmatan secara sukarela.

Banyak sangat juadah yang nak dimakan, biasalah abah kalau anak menantu nak balik sure segala makanan dibelinya. Kali ini keluarga kita dan akak ada sama, secara kebetulan kita ada bawa 2 orang anak buah sama tadi. Masing-masing datang bawa juadah makanan. Ada rojak, bubur lambuk, mee goreng, laksa Johor, paru goreng berlada, siput lemak cilipadi, ayam masak kicap, kangkung goreng, kuih muih, roti John, kurma, nasi dan pelbagai jenis minuman. Huh! Banyak tak?



Lepas berbuka terus bersolat jemaah kemudian ada yang menunaikan solat terawih dimasjid dan ada yang melakukannya dirumah.

Pukul 9.50mlm kami berlima bertolak balik. Sampai rumah prepare untuk sahur esok. Sempat online kejap...lalala

No comments:

Post a Comment