Nuffnang

Sunday, August 7, 2011

KEMBALIKAN HATI YANG SUDAH MATI

Meminjam sedikit dari hasil pembacaan sebentar tadi dari Hmetro dan baik untuk motivasi diri sesama kita semua. Bukan nak cakap diri ini baik sangat tapi apa salahnya ingat-mengingati itu jalan yang terbaik. Islam pun menyuruh umatnya berbuat sebegitu. Pikir yang postif hokeh!

Sudah seminggu kita berada di dalam Ramadan 1432H, Alhamdulillah, tidak bergoncang dengan elemen yang mampu menggoyahkan ketenangan bulan puasa. Semoga ketenangan ini berterusan.

Apapun perlakuan kita biarlah ikhlas lahir dari hati yang bersih kerana apa jua keadaan yang kita lakukan untuk mencari rezeki halal, itu juga sebahagian daripada ibadah. Rezeki halal ada di mana-mana asalkan menepati syarak.

Bagaimanapun, hidup kita jarang terlepas daripada kepalsuan yang datang dalam apa juga bentuk. Cuma bergantung kepada keimanan seseorang individu untuk bertahan dengan pendirian mereka. Dan dalam konteks ini, lebih senang mengaitkan situasi ini dengan keperibadian manusia itu sendiri.

Bagaimanapun, selama mana kita semua mahu hidup di dalam kepalsuan? Kita pun tahu, barangan palsu tidak tahan lama dan mudah rosak. Malah, ia boleh menjejaskan ukhuwah sesama manusia.

Hubungan yang selama ini dijalinkan nampak mesra tetapi lama-kelamaan mereka sendiri tidak tahan dengan apa yang mereka lakukan apabila sedar tidak dapat bertahan di dalam kepalsuan.

Senyumlah sampai ke telinga tetapi hati berkata tidak. Biasanya manusia begini sanggup berpalsuan untuk mendapat sesuatu, ada agenda tersembunyi. Bukan mahu buruk sangka tetapi pengajaran diluar sana mengajar kita mengenai apa itu manusia dan kepalsuan.

Pun begitu, sejauh mana mahu menipu orang lain yang sebenarnya menipu diri sendiri?

Apapun secara peribadi sesekali melihat adengan yang tidak sedap mata memandang telinga mendengar ini berlaku kerana kerapuhan pegangan yang dipupuk. Cuba kembali kepada ajaran agama dan sentiasa beringat kepada Allah, sangat percaya, kita akan lebih fokus dalam mencari hala tuju kehidupan ini.

Biasanya terjadi apabila hati kita sudah mati, sukar untuk menerima nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi santapan makanan hati kita.

Moga artikel yang kita kongsi bersama ini cukup berguna untuk kawan2 semua terus hidup dalam iman. Insyallah kita doakan untuk semua kebaikan dalam bulan Ramadhan ini. Jaga diri, hiasai diri dan jaga tingkahlaku.

Renung2kan dan perbanyak amalan di bulan Ramadhan ini.Insyallah.



No comments:

Post a Comment