Nuffnang

Sunday, August 14, 2011

JAUHI KEMAKSIATAN

Tujuan Islam ialah untuk menjaga maruah manusia supaya tidak tercemar dengan dosa zina. Begitu Islam menghendaki setiap manusia supaya tidak menurut nafsu semata-mata.

Hawa nafsu hendaklah dikawal agar tidak menjatuhkan maruah dan kehormatan diri. Islam menetapkan hukuman keras di dunia, iaitu 100 kali sebatan bagi penzina belum berkahwin dan hukum rejam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin.

Memandangkan hukuman di dunia tidak terlaksana lagi, hukuman di akhirat tetap menunggu kepada penzina sama ada yang belum berkahwin atau sebaliknya.

Tiada jalan lain selain bertaubat kepada Allah agar mengampunkan dosa yang dilakukan. Suami atau isteri pula tidak upaya mengampunkan dosa dengan Allah itu.

Selain itu, anda hendaklah melakukan segala suruhan Allah terutama solat lima waktu kerana ia berupaya menyekat kemaksiatan dan perkara mungkar.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang Muslim/Muslimah yang baik . Mudah-mudah keluarga dan anak terhindar daripada terlanjur melakukan perkara maksiat dan dosa besar.

Sumber : Hmetro


No comments:

Post a Comment