Nuffnang

Friday, August 26, 2011

KE UK @ LONDON?


Pejam celik! Pejam Celik! Yezaaa! Biar betik kita dah nak berangkat ke London sikit hari lagi. Kalau kawan-kawan kita tanya banyak pitih sampai turun London, kena cakap kerajaan langit bagi kita duit tapi syaratnya takleh la lama-lama. Mampus kena cekup duduk dalam palang besi...hehehe. Sumpah kita tipuz! hahaha. Takde arrr memang nak berangkat kesana tapi duit poket sendiri dan gomen bagi...hehehe

The first, flight ticket, selamat dah menempah tiket menggunakan penerbangan MAS dari Senai to KLIA dan turun Heathrow.

Kritikalnya dekat London ialah penginapan sebab harga yang sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan hengget Msia yang seciput. Group kita search sana sinun akhirnya dapat Wisma Indonesia, London. Dah search tempat tuh oraitlah, cantik dan nampak selesa. Kalau tak wujud wisma tuh nampaknya tido semejid. Tipuz lagi...hahaha

Acctually kita ada mak sedara belah arwah mak yang menetap di sana tapi macam dah putus hubungan sejak dia berkahwin orang sana dan mendapat taraf kerakyatan. Bukan budaya kita nak menempel2 atau menyusahkan orang. Oooo..no, noooo!

Berapa lama? Sehari saja berada di London...hahaha. Korang nak berapa hari? Kita setahun di sana...hahaha. Tipu z lagi...hehehe. Ishh2 jahat tul kita ni :)

Memandangkan kita pergi atas sebab menimba pengalaman dan berunsurkan akademik so akan ke universiti yang berhampiran selain melihat sejarah2, menikmati keindahan negara orang dan last kita nak sebut shoppingggg. Kita bukan kaki shopping pun, biasa2 je. Ceh!

Makan? Tak susah sebab tempat penginapan sediakan so kalau lapar dia dah sediakan bahan boleh masak. Masaklah bagi sikit bekalan haba dalam badan ni...hehehe. Tesco pun dekat so boleh beli tuna, roti, jem dan yang halal boleh ngap. Janji kenyang!

Memang teringin sangat nak gi Maddame Tussaud tuh, yang patung2 lilin tuh. Apa pun tengok camna nanti. Rasanya boleh kot sebab ada masa untuk berpoya2...hehehe. Kalau nak tour yang jimat, pusing-pusing tengok guard yang berdiri tegak tuh, Big Ben, jam besar tuh dan tangkap gambar berlatar belakangkan London Eye. Pastu masuk Muzim-muzium London yang sediada. Kalau tak spend duit, still lagi boleh pusing-pusing London. Ni yang kita nak sangat...huhuhu

Insyallah, bajet lebih terus ke Paris. Memang berharap sangat dapat pijak kota Paris. Doakan kita ya.


No comments:

Post a Comment