Tadaaaa! Seperti yang kita janjikan dalam entri semalam. Kita nak buat satu menu masakan dari buah pisang lemak manis. Kita suka kek pisang tambah2 kalau masih suam2 dapat makan. Oppzzz, puasa ya tak boleh sebut makan2. Puasa ke? huhuhu
Kalau ada bahan untuk membuat kuih muih ni cepat je nak membuatnya, jangan sampai tak cukup bahan tu, bahan ni. Hah! Tu yang tahap malas semuanya keluar.
Rasanya kawan2 pun serupa dengan kita. Kalau nak memasak ni bahan2 kena lengkap baru seronok nak membuatnya.
Oklah panjang kita berceloteh malam ni. Yelah badan pun dah sihat sikit. Ok ya kita bagi resepi Kek Pisang paling mudah.
KEK PISANG
3 biji pisang
2 biji telur sederhana besar
2 cawan tepung gandum
1 cawan gulaperang
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
secubit garam
Caranya :
Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukkan pisang yang sudah dilenyek. Masukkan tepung dan bikarbonat. Akhir sekali masukkan minyak. Adun sehingga sebati.
Loyang sapukan majerin dan letak adunan tadi. Bagi yang minat untuk menggunakan cup cake boleh juga menggunakannya. Kemudian bakar selama 30 minit.

nyum...nyum..sedapnya..queenpink nak cuba la...
ReplyDeleteQUEENPINK : mudah je...:)
ReplyDelete