Nuffnang

Sunday, August 7, 2011

'KEMBALILAH KE PANGKAAL JALAN'

Bukan senang untuk mengambil jalan mudah sebagai penjawat awam yang melibatkan tindakan tatatertib dan sebagainya. Tengok apa yang dah berlaku kepada pegawai dari Jabatan Imigresen dalam beritanya di Kosmo.

Seorang bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berpesan kepada rakan-rakannya yang masih bertugas supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selagi mereka ada masa untuk berbuat demikian.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan atas tuduhan terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia bersama tujuh lagi rakan setugas tahun lepas sebelum kesemuanya dibebaskan pada Selasa lalu.

"Kalau ada yang masih buat perkara itu, saya nasihat jangan lakukan kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri, dan fikirlah kepada keluarga sendiri,'' katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Komisioner Kanan Penjara Bahagian Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara, Supri Hashim.

Dia turut melahirkan kesyukuran atas pembebasannya dan berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lelaki itu mengakui penahanan di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (Kemta) memberi keinsafan kepadanya.

Sumber : Kosmo


No comments:

Post a Comment